Dalam menghadapi era globalisasi yang serba mencabar ini, pelbagai cabaran baru yang timbul dan perlu kita hadapi. Keadaan sebegini telah mendedahkan kita kepada kenaikan keperluan asas dan juga taraf hidup yang tidak stabil.
Untuk menghadapi situasi sebegini, ramai antara kita yang membuat keputusan untuk mencari pendapatan sampingan. Atas dasar tersebut, muncul pelbagai skim perniagaan seperti skim cepat kaya, skim perniagaan berangkai, skim amanah saham dan pelbagai lagi skim yang mungkin kita tidak ketahui akan kesahihannya dari segi undang-undang dan yang lebih utama lagi halal dari segi perspektif Islam.
Stormreaders Network adalah merupakan sebuah anak syarikat kepada Telaga Biru Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputera Islam yang telah beroperasi sejak 1997 yang berpengalaman menerbitkan produk-produk Islam.
Penjelasan syariah mengenai hukum perniagaan Stormreaders, klik pada tajuk :
Part 1 : Ucapan Ustaz Zaharuddin mengenai Stormreaders Network
Part 2 : Ucapan Ustaz Zaharuddin mengenai Stormreaders Network
Part 3 : Ucapan Ustaz Zaharuddin mengenai Stormreaders NetworkSebelum meneroka perniagaan ini, Stormreaders Network Sdn Bhd telah mengadakan kajian yang mendalam selama lebih satu tahun. Antaranya seperti mendapatkan khidmat nasihat, pandangan dan mengadakan muzakarah dengan alim ulama di kalangan ahli muamalat, syariah semasa, undang-undang, ekonomi serta mereka yang berpengalaman luas dalam mengendalikan perniagaan rangkaian. Ini bertujuan bagi mengelakkan berlakunya kekaburan dalam urusniaga selain daripada memastikan ia bertetapan dengan prinsip muamalat Islam.
Bagi mempastikan aktiviti ‘network’ ini berdiri teguh dalam prinsip perniagaan Islam yang melayakkannya dinilai sebagai ibadah, yang bermula dengan niat , diikuti dengan jenis produk yang diniagakan, perlaksanaan yang bertepatan dengan aqad jual beli yang diperakui syarak yang jauh dari manipulasi dan gharar, Stormreaders turut menyediakan skim latihan susulan dalam bidang keusahawanan dan keagamaan untuk setiap ahli agar sentiasa istiqamah dengan niat yang dipasang di peringkat awal.
Stormreaders meyakini bahawa kebanyakan masalah yang menyerang umat Islam disebabkan kekurangan ilmu dan kekangan ekonomi , justeru produk yang difokuskan adalah berupa ilmu yang murni berpandukan buku-buku yang disediakan oleh mereka yang pakar dalam bidang masing-masing . Mudah-mudahan dengan usaha yang dibayangi dengan ukhuwwah dan persahabatan Islam ini dapat menamatkan pergantungan setiap ahli pada orang lain.
Malah lebih dari itu plan perniagaan ini bukan sahaja bermatlamat melahirkan usahawan yang berdikari , ia juga bertujuan melahirkan golongan elit muslim yang mempunyai taraf ekonomi yang lebih baik yang dengannya kebahagian dan keharmonian rumahtangga akan lebih dirasai.
Golongan dalaman yang akan sentiasa dinyalakan kelahiran Stormreaders juga disasarkan untuk merealisasikan kelahiran generasi yang teguh prinsip perniagaan Islam yang melayakkannya dinilai sebagai ibadah, yang bermula dengan niat , diikuti dengan jenis produk yang diniagakan, perlaksanaan yang bertepatan dengan aqad jual beli yang diperakui syarak yang jauh dari manipulasi dan gharar, Storm Readers turut menyediakan skim latihan susulan dalam bidang keusahawanan dan keagamaan bagi mempastikan setiap ahli
Ayuh ! sematkan dalam hati sanubari anda, bahawa dengan menyertai plan ini anda sebenarnya ingin memperbaiki gaya berfikir anda,memotivasikannya,meningkatkan ilmu,mengamalkan petua-petua dan doa-doa yang terdapat dalam amalan Nabi s.a.w,menjalin hubungan kekeluargaan yang lebih bahagia,berdakwah kepada orang lain,menjadi penasihat dan pembimbing kepada hidup yang lebih berkualiti…intipatinya adalah seruan Nabi s.a.w yang bermaksud : "Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat !" ( Riwayat al-Bukhari )
Plan perniagaan ini juga bertujuan ke arah melahirkan usahawan muslim yang mampu hidup mulia berdikari tanpa perlu bergantung kepada orang lain selari dengan pujian Nabi terhadap Nabi Daud a.s yang hidup mulia kerana bekerja sendiri. dan berjati diri serta mampu melakukan anjakan paradigma memperbaiki mentaliti kebergantungan kepada orang lain tanpa mengembangkan kemampuan diri yang sebenarnya.
Selamat Berjaya !